Langkah 1
PERSEDIAAN MENGAJAR
Tarikh:
13/10/2012 Masa :
7.45-8-45 pagi
Tahun:
1Bijaksana
Bilangan Pelajar : 30 orang
Mata Pelajaran : Pendidikan Kesihatan
Tajuk Pengajaran : Kesihatan diri dan Reproduktif
Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah
mengetahui kegunaan atau kepentingan
gigi
Objektif Pengajaran :
Pada akhir pengajaran, murid akan
dapat:
1.
Menjaga kesihatan gigi dengan menggosok
gigi .
2.
Menggosok gigi dengan cara yang betul.
3.
Mengurangkan pengambilan makanan yang
boleh merosakkan gigi
Nilai-nilai murni : Menjaga kebersihan dan kesihatan gigi
Alat Bantu Mengajar
: 1. Berus
gigi
2. Ubat gigi
3. Cawan
4. Video
Bahan rujukan : 1. Buku Teks
2. Modul Pengajaran Kesihatan
3. Internet
Langkah
Pengajaran/ Masa
|
Perkembangan Isi Pelajaran |
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran |
Strategi/ Alat/ Bahan/ Nilai/ Catatan |
Set
Induksi
(5
minit)
|
Guru bersoal jawab dengan
murid sambil menunjukkan bahagian
anggota badan:
1) Jari
2) Tangan
3) Abdomen
4) Lidah
5) Gigi
Soalan yang dikemukakan guru:
Apakah nama bahagian yang
cikgu tunjukkan ini?
|
Murid memerhati dan mengangkat
tangan untuk menjawab soalan yang diberikan oleh guru.
|
Strategi:
Pemerhatian
ABM:
Benda maujud
|
Langkah
1
(10
minit)
|
Guru menayangkan video yang
menunjukkan bahagian anggota badan.
Murid melihat video sambil
memegang bahagian tubuh badan mereka mengikut video yang ditonton.
|
Murid melihat video yang ditayangkan di hadapan kelas.
Murid mendengar dan melihat dengan
penuh perhatian.
Murid mengikut arahan guru supaya memegang
bahagian anggota badan yang diterangkan.
|
Strategi:
Pemerhatian Konstektual
ABM:
video
|
Langkah
2
(20
minit)
|
Guru menerangkan tentang bahagian mulut
kepada murid-murid serta menyatakan kepentingan penjagaan kebersihan mulut.
Guru menyoal murid:
Siapa yang gosok gigi
hari ini?
Kenapa kita perlu
menggosok gigi?
Berapa kali kita perlu
menggosok gigi dalam sehari?
Murid akan memberi jawapan
- Saya gosok gigi
- Supaya gigi bersih
- 3 kali sehari
Guru menayangkan gambar akibat tidak menjaga kebersihan gigi.
Guru memperdengarkan dan menayangkan
lirik lagu "Gosok Gigi".
|
Murid mendengar dengan penuh minat
Murid cuba menjawab soalan-soalan guru
Murid berdiri sambil menyanyi bersama-sama
lagu yang diperdengarkan oleh guru dengan perasaan yang gembira.
|
Teknik:
Bersoal jawab
Kaedah: Sumbangsaran
ABM:
Laptop, LCD, Powerpoint
|
Langkah
3
(15
minit)
|
Guru menunjukkan video cara memberus
gigi dengan betul.
Guru memanggil beberapa orang
murid pelbagai kecergasan untuk
menunjukkan cara yang betul memberus gigi seperti yang ditunjukkan dalam video.
Murid-murid lain bersama-sama memberus
gigi masing-masing dengan cara yang betul.
|
Murid memberi tumpuan dan mengikut arahan yang diberikan oleh
guru
|
ABM:
Berus gigi,
Ubat gigi,
Video Youtube
Main Peranan:
Murid
|
Penutup
(10
minit)
|
Guru mengedarkan lembaran kerja
kepada murid. (rujuk lampiran)
Murid –murid menyiapkan lembaran kerja
yang diedarkan oleh guru.
Guru memberi pujian kepada murid
yang telah menyiapkan lembaran kerja.
Guru menerangkan kepentingan
menjaga anggota badan terutama sekali gigi.
Guru membuat refleksi dan menguji
pemahaman murid.
|
Murid memerhati dan menjawab
dengan penuh minat.
Murid menyiapkan lembaran kerja
yang diberikan oleh guru.
|
Teknik: Penerangan
ABM:
Lembaran Kerja
|
No comments:
Post a Comment